Pasar 2 tingkat yang menempatkan tingkat 1 untuk peniaga menjual barangan runcit serta barangan basah.
Amat terkejut bila mendapati pasar Gombak hanya menjadi tumpuan penjual bukannya pembeli. Pembeli yang datang boleh dibilang dengan jari malah jumlah peniaga memenuhi setiap ruang tapi ada juga peniaga telah menutup perniagaan mereka disitu.
Peniaga hanya mampu berbual sesama peniaga dan tak paling hebat juga ada peniaga termenung menunggu pengunjung datang ke gerai mereka. Malang pengunjung yang diharapkan cuma sekadar mimpi.
Sedih melihat raut wajah peniaga di pasar Gombak. Itulah hasil pendapatan mereka untuk menampung keluarga tapi malangnya keuntungan yang diharapkan tidak juga menjelma tiba.
Apakah yang perlu mereka lakukan selain berpindah ke lokasi lain, tapi mampukah mereka berbuat demikian sedangkan perniagaan mereka selama ini hanya "makan modal" tiada keuntungan.
Suasana di pasar Gombak yang suram hinggakan kemudahan disitu diabaikan seperti eskalator tidak berfungsi, jam dinding tidak berganti cuma mesin ATM (maybank) sahaja yang dapat memenuhi keperluan orang yang berada disitu.
Sampai bilakah peniaga disitu dapat bertahan, moga wakil rakyat gombak dapat menjenguk dan nasib peniaga yang rata - ratanya berbangsa melayu.

Kalau x silap pasar gombak ni bukan di bawah YB Gombak sebaliknya di bawah parlimen Wangsa Maju....
Pasar moden ni dibawah naungan YB WANGSA MAJU iaitu kerajaan bebas. Pasar moden ni cuma harapkan maybank je..kalau takde maybank kat situ sure matilahh..DBKL office plak kat bawah
SGmulia..