yang sepatutnya

Posted by talikasutkayu Thursday, May 13, 2010


Bismillahirrahmanirrahim

Sepatutnya kita umat Islam wajib ikut pesanan Nabi Muhammad SAW seperti yang tertera dibawah dan bukannya yang tertera pada kenyataan diatas.

Ada tak dalam perlembagaan menceritakan kisah dosa dan pahala,syurga dan neraka, hari pembalasan (akhirat), azab seksa kubur

Peristiwa Haji Perpisahan atau Hujjatul Wida’ yang penuh dengan kenangan detik-detik terakhir Rasulullah menyampaikan wahyu al-Quran. Ini adalah kali terakhir Rasulullah mengunjungi Mekah dan Kaabah. Pada waktu itu Tuhan menyempurnakan agama Islam kepada umat manusia dan mencukupkan nikmat-nikmatNya.

Pada hari itu jugalah Rasulullah menyampaikan pesanan-pesanan penting kepada umatnya. Baginda menyampaikan beberapa pesan yang memperingatkan kepada kita berkaitan kesempurnaan agama. Di antara pesan-pesan baginda adalah:

‘…Sesiapa telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya…’

‘… ingatlah kata-kata ku ini. Aku sudah menyampaikannya. Sesuatu yang sudah jelas ku tinggalkan pada kamu, yang jika kamu berpegang teguh padanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Ianya adalah Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis).’

‘… dengarkanlah kata-kata ku ini dan beri perhatian! Kamu akan mengerti, bahawa setiap muslim adalah saudara muslim yang lain. Dan kaum muslim itu bersaudara. Tetapi seseorang tidak dibenarkan (mengambil hak) saudaranya, kecuali dengan pemberian yang senang hati. Janganlah kamu menganiaya diri sendiri…’

Setelah selesai berpesan, Rasulullah menyampaikan wahyu terakhir daripada al-Quran iaitu firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: ‘…hari inilah ku sempurnakan agama mu ini untuk kamu sekalian, dengan Ku cukupkan nikmat Ku kepada kamu, dan yang Ku redhai Islam inilah menjadi agama kamu.’

0 comments:

terima kasih diatas kesudian mengunjungi blog talikasutkayu. Ada diantara artikel disini hasil luahan hati talikasutkayu sendiri dan ada diantaranya disalin dari mana-mana sumber yang disertakan link. Artikel yang disalin bukan tanggungjawab talikasutkayu malah ianya untuk dikongsi bersama