Assalamualaikum,
Negara kini tertumpu pada isu adik Aminul yang ditembak mati oleh pegawai polis di Shah Alam. Maka tenggelamlah isu kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25 April 2010 baru baru ini.
…ermmmm saja nak refresh balik kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor. Dari pandangan seorang yang mentah dalam politik negara, kenapa Barisan Nasional menang di Hulu Selangor. Kita masih ingat bagaimana masyarakat India mahupun Melayu begitu tidak suka pada Samy Vellu kerana pelbagai isu kepincangan yang berlaku semasa beliau menjadi Menteri Kerja Raya. Samy Vellu telah ditolak oleh rakyat semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008.
Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor Kamalanathan dari MIC dipertaruhkan melawan Datuk Zahid Ibrahim dari PKR (Pakatan Rakyat). Dengan tidak disangka muncul kenyataan Presiden MIC Datuk Samy Vellu yang mengatakan beliau akan melepaskan jawatan Presiden MIC sekiranya Barisan Nasional menang pada pilihanraya kecil kali ini.
Tidak mustahil setelah tersiarnya kenyataan Samy Vellu, maka rakyat di Hulu Selangor yang terdiri dari kaum Melayu dan India tersenyum lebar. Mereka mahukan ucapan samy Vellu ini menjadi kenyataan. Maka berbondong bondonglah rakyat di Hulu Selangor keluar mengundi pada 25 April 2010 yang lalu kerana ingin melihat orang nombor satu MIC tidak lagi duduk dikerusi empuk pimpinan MIC seperti mana Palanivel turun dari kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihanraya umum ke 12.
Malang sekali setelah Barisan Nasional mengecapi kemenangan Melayu dan India yang memenangkan calon MIC Kamalanathan, Samy Vellu masih memegang erat dan menyandar selesa kerusi Presiden MIC. Arghhhhhhhh….mereka tertipu …mereka terpedaya kata kata seorang pemimpim MIC…arghhh tidakkk. Alangkah bertuahnya kaum cina di Hulu Selangor yang tidak terpedaya kata kata Presiden MIC itu.
Mungkin masyarakat cina sudah masak dengan sandiwara pemimpin Barisan Nasional. Masyarakat cina di Hulu Selangor tersenyum puas walaupun calon Pakatan Rakyat tewas tapi mereka sebulat suara menolak calon Barisan Nasional.
Hanya Melayu dan India hanya mampu senyum tersipu setelah mudah diperdaya. Mungkin ini pengajaran berguna pada mereka dan akan dibalas balik pada pilihanraya umum akan datang.
Tunggu dan lihat.
Sekadar pandangan seorang rakyat yang mentah dalam soal politik negara

0 comments: