Salam ramadhan


Assalamualaikum

salam ramadhan untuk semua pengunjung blog talikasutkayu. Semuga ramadhan kali ini dan yang seterusnya menjadi ramadhan terbaik untuk kita semua...insyaAllah.

Sudah sekian lama aku tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan tugas harian.

Maaf sekiranya penulisan selama ini banyak mengguris hati perasaan semua pihak.

sumpah laknat lagi

Salam warahmah
Marah,bosan,menyampah dukacita pabila landskap Malaysia dicemari oleh puak yang jahil agama tapi dalam masa yang sama mengatakan memperjuangkan agama malah pernah mengatakan negara ini adalah sebuah negara Islam. Ramai masih tak faham dimana letaknya Islam pada negara ini sedangkan islam dicemari dan dihina sewenang wenangnya oleh mereka mereka yang tidak bertanggungjawab serta jahil pengetahuan islam malah ada yang faham islam tapi bersekongkol dengan mereka yang tak pernah tahu tentang islam.

Suatu ketika Saiful Bukhari mendakwa dia diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim lalu Saiful yang agak kurang pengetahuan islam ingin membuktikan dia bercakap benar lalu bersumpah laknat. Memohon laknat dari Allah sekiranya dia berbohong. Semalam 29 April 2011 negara dikejutkan lagi dengan sumpah laknat dari Trio 3 T terdiri daripada Rahim Tamby Chik, Eskay dan Shuib Lazim yang mendakwa Dato Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks. Untuk membuktikan rakaman video tersebut sahih dan benar maka trio 3 T mengadakan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul.

Mengapa perlu ada sumpah laknat? walhal semua sedia maklum dalam islam untuk mendakwa seseorang berzina perlu ada 4 saksi sekiranya tidak ada saksi maka pendakwaan tidak boleh dijalankan.
Kita sebagai umat islam setiap hari berdoa memohon dari Allah supaya dielakkan dari bala bencana, penyakit serta perkara perkara yang tidak baik. Tapi apa yang berlaku sekarang ini Saiful dan trio 3 T memohon bala dari Allah...ermmm nampak ade kebodohan disitu. Kalau tak faham agama cubalah tanya atau rujuk pada pakar agama nak buat sesuatu perkara. Barulah nampak kita ni berilmu dan berakal bukan main redah kromo.

Ramai dikalangan ulama, ustaz telah melarang diadakan sumpah laknat kerana tidak terdapat didalam AlQuran tapi malang ianya tidak diendahkan oleh mereka yang beriya iya mahukan sumpah laknat. Bertambah malang Perdana Menteri, menteri-menteri yang pernah melaungkan Malaysia negara islam tidak langsung bersuara atau melarang perbuatan sumpah laknat ini. Adakah menteri menteri yang ada di negara ini tidak faham islam? atau sememangnya JAHIL tentang islam? Ini persoalannya. Kemana slogan MALAYSIA NEGARA ISLAM? atau ianya sekadar slogan menarik pengundi.
Bersumpah laknat dan meyokong orang yang bersumpah laknat menonjolkan diri mereka terdiri dari golongan MUNAFIK.

Kita kena ingat sekiranya Allah perkenan sumpah laknat mereka ini, bala yang datang bukan terkena batang hidung mereka saja, malah kemungkinan besar akan terpalit kepada manusia lain yang berada disekitarnya.Nauzubillahminzalik.
Aku percaya bukan aku saja yang marah malahan jutaan rakyat Malaysia ketika ini sedang kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini.
Kepada Dato Seri Anwar Ibrahim...bersabarlah hadapilah segala tuduhan ini dengan tenang, jangan dilayan provokasi serta umpanan bodoh pihak lawan. Ingatlah sesuatu perkara yang kamu tidak suka pada hari ini membawa kebaikan kepada kamu suatu hari nanti, dan sesuatu perkara yang musuh kamu suka pada hari ini akan membawa kekecewaan pada mereka suatu hari nanti. Dato Seri Anwar Ibrahim..aku percaya rakyat diluar sana sedang merintih sedih apa yang berlaku hari ini serta aku percaya mereka juga seperti aku sedang berdoa untuk kemenangan kamu, kebahaguan kamu serta Allah mencucuri rahmat kepada kita yang berjuang menegakkan Islam. dan ingatlah semua itu ujian dari Allah.

Salam sayang untuk DSAI sekeluarga.

ermm

alhamdulillah
Hari ni baru boleh masuk blog, dah lama tak update blog.
Sekarang ni terlalu sibuk dengan aktiviti luar...helamakkkkkkk. Terlalu sibuk dengan hobi baru.
Hobi baru membuatkan diri lupa seketika masalah diri dan makin mendekatkan diri pada pencipta.
Subahnallah indah sungguh ciptaan Allah yang mentadbir alam ini.

Penjara Pudu - Hilangnya sebuah sejarah

Hari ini 20 Jun 2010 maka hilanglah sebuah peninggalan sejarah yang pasti sekadar tinggal namanya sahaja. Namun wajahnya hilang di muka bumi.Penjara Pudu yang bertempat di Kuala Lumpur dirobohkan.
Harga sebuah sejarah dihapuskan demi sebuah pembangunan. Generasi akan datang tidak akan kenal lagi penjara pudu sebagaimana mereka dapat mengenali kota A famosa atau lain lain peninggalan generasi dahulu kala.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkatdan siap sepenuhnya pada 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah.

Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.

Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.
















sunyinya pasar gombak

Langsung bersarapan pagi di Gombak, terlintas mahu membeli ikan, ayam dan sayur di pasar Gombak. Nampak tersergam di tepi jalan raya yang baru dibesarkan.
Pasar 2 tingkat yang menempatkan tingkat 1 untuk peniaga menjual barangan runcit serta barangan basah.
Amat terkejut bila mendapati pasar Gombak hanya menjadi tumpuan penjual bukannya pembeli. Pembeli yang datang boleh dibilang dengan jari malah jumlah peniaga memenuhi setiap ruang tapi ada juga peniaga telah menutup perniagaan mereka disitu.
Peniaga hanya mampu berbual sesama peniaga dan tak paling hebat juga ada peniaga termenung menunggu pengunjung datang ke gerai mereka. Malang pengunjung yang diharapkan cuma sekadar mimpi.
Sedih melihat raut wajah peniaga di pasar Gombak. Itulah hasil pendapatan mereka untuk menampung keluarga tapi malangnya keuntungan yang diharapkan tidak juga menjelma tiba.
Apakah yang perlu mereka lakukan selain berpindah ke lokasi lain, tapi mampukah mereka berbuat demikian sedangkan perniagaan mereka selama ini hanya "makan modal" tiada keuntungan.
Suasana di pasar Gombak yang suram hinggakan kemudahan disitu diabaikan seperti eskalator tidak berfungsi, jam dinding tidak berganti cuma mesin ATM (maybank) sahaja yang dapat memenuhi keperluan orang yang berada disitu.
Sampai bilakah peniaga disitu dapat bertahan, moga wakil rakyat gombak dapat menjenguk dan nasib peniaga yang rata - ratanya berbangsa melayu.




yang pelik di PRK Sibu



Pilihanraya kecil Sibu 2010 berikutan kematian mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April lalu. Pilihanraya kecil Parlimen Sibu semalam menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara:

1. Calon Barisan Nasional (BN): Robert Lau Hui Yew
2. Calon DAP: Richard Wong Ho Leng
3. Calon Bebas: Narawi Haron
tapi ada yang peliknye disini.
SPR kata peratus (%) keluar mengundi = 59.68%
59.68% = 32,742 orang..
Undi yang dikira seperti berikut:

DAP = 18,845
BN = 18, 447
BEBAS = 232
Rosak = 350
Tidak dipulangkan = 190

Jumlah keluar = 38,064

Perbezaan = 38,064 - 32,742 = 5,322

Dari mana datangnya hantu raya sebanyak 5,322 ekor?
DAP sepatutnya menang dengan majoriti 5,720 undi..

hari ini dalam sejarah...undi pos BN dapat hampir 100%. Mengira undi pos yg tak sampai 3 ribu tu mengambil masa 3 jam ! (dari jam 6.30 pm hingga 8.30 pm)...

boleh caya ke spr ni...

bantahan kelulusan judi bolasepak piala dunia di masjid Kg Baru

Malaysia dilaungkan sebagai negara islam tapi malangnya nak pertahan maruah islam pun dihalang.
Islamkah negara Malaysia???..........Islam hanya pada nama.
Allahhu akhbar

mana suara suara yg pertahan isu kalimah Allah??












video

yang sepatutnya



Bismillahirrahmanirrahim

Sepatutnya kita umat Islam wajib ikut pesanan Nabi Muhammad SAW seperti yang tertera dibawah dan bukannya yang tertera pada kenyataan diatas.

Ada tak dalam perlembagaan menceritakan kisah dosa dan pahala,syurga dan neraka, hari pembalasan (akhirat), azab seksa kubur

Peristiwa Haji Perpisahan atau Hujjatul Wida’ yang penuh dengan kenangan detik-detik terakhir Rasulullah menyampaikan wahyu al-Quran. Ini adalah kali terakhir Rasulullah mengunjungi Mekah dan Kaabah. Pada waktu itu Tuhan menyempurnakan agama Islam kepada umat manusia dan mencukupkan nikmat-nikmatNya.

Pada hari itu jugalah Rasulullah menyampaikan pesanan-pesanan penting kepada umatnya. Baginda menyampaikan beberapa pesan yang memperingatkan kepada kita berkaitan kesempurnaan agama. Di antara pesan-pesan baginda adalah:

‘…Sesiapa telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya…’

‘… ingatlah kata-kata ku ini. Aku sudah menyampaikannya. Sesuatu yang sudah jelas ku tinggalkan pada kamu, yang jika kamu berpegang teguh padanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Ianya adalah Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis).’

‘… dengarkanlah kata-kata ku ini dan beri perhatian! Kamu akan mengerti, bahawa setiap muslim adalah saudara muslim yang lain. Dan kaum muslim itu bersaudara. Tetapi seseorang tidak dibenarkan (mengambil hak) saudaranya, kecuali dengan pemberian yang senang hati. Janganlah kamu menganiaya diri sendiri…’

Setelah selesai berpesan, Rasulullah menyampaikan wahyu terakhir daripada al-Quran iaitu firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: ‘…hari inilah ku sempurnakan agama mu ini untuk kamu sekalian, dengan Ku cukupkan nikmat Ku kepada kamu, dan yang Ku redhai Islam inilah menjadi agama kamu.’

ermmm..menarik sungguh

video

Lagi Remaja Ditembak Polis Dalam Kejadian Kejar Mengejar

Rakyat dah mula pertikai tugas polis
malah ada yang kata Polis Raja Di Malaysia
Kekejaman pihak polis mula berleluasa
adakah ini yang hendak dipertahankan lagi
Tidak mustahil rakyat akan bangkit menentang kekejaman polis
Jadi, hentikanlah semua ini sebelum suhu kemarahan rakyat bangkit






BANGUNLAH NAK... Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar. Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi tadi. - Foto BERNAMA
GEMENCHEH: Seorang anggota polis digantung tugasnya kerana menembak seorang remaja dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Jelebu di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, ditembak polis kerana enggan memberhentikan motosikal walaupun diarah berulang-kali untuk berbuat demikian.
Mohd Azizi daripada Paroi dekat sini ditembak pada perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal menunjukkan anggota polis terbabit sedang membuat rondaan bersama rakan setugas tidak mengikut standard operasi untuk melepaskan tembakan.
“Kami telah menggantungnya kerana menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.
“Dia tidak sepatutnya melepaskan tembakan kerana polis-polis terbabit tidak berada dalam keadaan berbahaya,” katanya kepada pemberita pada perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan, dekat sini.
Anggota polis yang digantung itu berpangkat konstabel dan telah berkhidmat di Balai Polis Rahang selama satu setengah tahun.
Osman turut memohon maaf kepada ibu-bapa mangsa di atas kejadian itu.
Difahamkan Mohd Azizi sedang melepak bersama rakan-rakan di pusat beli-belah Centre Point apabila kereta peronda menghampiri mereka.
Mereka melarikan diri ke arah berbeza apabila kereta peronda semakin hampir.
Dua polis di dalam kereta itu mengejar dan memberi amaran berulang kali kepada Mohd Azizi supaya memberhentikan motosikal Honda EX5 yang ditungganginya.
Bagaimanapun, dia dikatakan tidak mempedulikan arahan itu, malah memecut laju ke arah Jalan Jelebu sejauh 2km.
Osman berkata, Mohd Azizi yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dilihat seolah mencabar pihak polis untuk mengejarnya.
“Namun, salah seorang anggota polis melepaskan tembakan apabila mangsa gagal untuk berhenti selepas beberapa kali diarahkan untuk berbuat demikian,” katanya.
Beliau berkata, Mohd Azzi yang bekerja di pasar malam di sini memberhentikan motosikalnya apabila menghampiri 1km dengan Kg Ujung Pasir dan cuba melarikan diri, namun dia ditahan.
Menurutnya, ketika itu barulah anggota polis tahu yang Mohd Azizi telah ditembak.
“Mangsa tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.” tambahnya.
Berdasarkan siasatan awal, Osman menjelaskan, anggota polis terbabit tidak berniat untuk menembak mangsa.
“Dia mengeluarkan pistol dari tingkap kiri kereta peronda bagi memberi amaran tembakan, namun terkena mangsa. Bagaimanapun, kami akan mengesahkan perkara ini.
“Mangsa kini pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.Mstar

sorry PDRM silap sapu

pencuri kerete ketua polis selangor letak nota mintak maaf pada kereta..."sorry PDRM silap sapu"
pencuri reti mintak maaf...nikan pulak polis yg tembak budak tak reti nak mintak maaf
pe cerita


PETALING JAYA: "Sorry PDRM tersilap sapu."
Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.

Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.

Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.

Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.

Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).

sumber: http://malaysiaberih.blogspot.com/2010/05/pencuri-minta-maaftersilap-curi-kereta.html

mana yang haram

Sepertimana yang kita semua tahu, pilihanraya kecil Hulu Selangor agak kalut dengan isu isu yang remeh seperti Datuk Zahid dikatakan seorang kaki mabuk, arak menjadi hidangan beliau setiap hari. Alhamdulillah Datuk Zahid telah mencerahkan suasana bilamana beliau menyatakan pada umum, beliau sudah bertaubat, tapi malang umno menjadikan modal serangan peribadi.
Isu arak dipalu sehebatnya oleh umno dan muncullah pahlawan pemuda umno mengadakan berbagai bantahan tentang isu arak.
Dr Hassan ali juga diserang mengenai isu penjualan arak di Selangor.
Tahniah kepada saudara Nasaruddin Nasation yang mendedahkan siapa kaki botol di parlimen.

Umno begitu sensitif sekiranya apa jua isu berkaitan islam di luahkan oleh Pakatan Rakyat. Lucunya bila umno sendiri yang bermain isu berkaitan dengan islam dan Pakatan Rakyat menuntut jawapan maka pahlawan pemuda umno mula diam kaku seribu bahasa. Mereka tiada hujah atau kalah pada dalil yang diberikan.
Umno umpama golongan yang tiada ilmu agama tapi mahu bercakap soal agama. Inilah yang dikatakan "dalam pandai ada bodoh" atau dalam erti kata lain "what you give you get back".

“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91).
Dalam islam sudah tertulis judi itu haram. Terjemahan ayat AlMaidah di atas jelas menyatakan arak dan judi itu haram.

Seandainya umno cukup sensitif dengan isu arak bagaimana pula dengan isu terbaru berkaitan kerajaan akan meluluskan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin beberapa hari lalu.
Malang tiada seorang pun dari kalangan pemimpin umno atau ahli umno yang menentang kenyataan ini. Seolah mereka mengHALALkan apa yang haram.
Mufti juga tidak ada yang membantah, hanya sekadar mampu memerhati. Adakah dalam dunia yang serba moden ini yang HARAM telah menjadi HALAL.
Mana suara yang lantang sebelum ini. Tidakkah mereka mampu melihat anak bangsa jahanam bersama dosa kemaksiatan ini. Mana suara suara yang mengatakan umno berjuang untuk islam...mana??????
Ada tak agama lain didunia ini yang mengatakan judi itu membawa kebaikan?.

Terbinakah masyarakat islam sekiranya persekitarannya penuh kemaksiatan.
tepuk dada tanya iman.

Menyorok belakang dinding bila terkena batang hidung.

haram jadi halal

Terperanjat bila membaca berita di dada akhbar hari ini yang bertajuk "Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia".
Dari- Berita Harian: Mutakhir
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Apa sudah jadi, sebelum ini Malaysia dilaungkan sebuah negara Islam. Mana mungkin sebuah negara islam boleh menggalakkan aktiviti perjudian.
Kita sendiri lihat persekitaran judi di negara ini walaupun dihadkan kepada bukan islam sahaja tetapi umat melayu yang mengaku islam turut sama berminat aktiviti haram ini.
Seandainya kita nak bentuk sebuah masyarakat yang tidak berjudi seharusnya tiada lagi diperkenalkan lesen judi terbaru. Adakah bila adanya lesen judi negara ini akan makmur.

Lihat di Kelantan, kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS selama 20 tahun, kaum cina dan india yang bukan beragama islam tidak pernah mengeluh tiada aktiviti judi di sana. Mereka hidup aman damai tiada pembrontakan kaum. Kaum cina dan india juga sedar aktiviti judi tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

Pemimpin negara sudah lupa, judi adalah salah satuu dari 7 dosa besar.
Ingat mati kita akan tahu siapa diri kita sebenarnya.

Eksklusif-Video Pengakuan sebenar saksi kes AminulRasyid

yang sedih setelah kereta sudah berhenti polis memukul, memijak saksi
adakah saksi yang berbadan kecil ini melawan polis atau cuba membunuh polis. Dimana intergriti pasukan polis.
tepuk dada tanya iman.
Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada anak anak kita. Salah tetap salah tapi adakah ini caranya melayan orang yang bersalah. (memandu tanpa lesen)


video

terima kasih diatas kesudian mengunjungi blog talikasutkayu. Ada diantara artikel disini hasil luahan hati talikasutkayu sendiri dan ada diantaranya disalin dari mana-mana sumber yang disertakan link. Artikel yang disalin bukan tanggungjawab talikasutkayu malah ianya untuk dikongsi bersama